Sunday 3 August 2014

Kenapa Naik Gunung-Ganang

Salam,

Bersemangat gila buat second entry. Aku nak cerita pasal naik gunung. Hehe..Sebabnya sebelum puasa hari itu aku pergi naik gunung setelah 3 tahun meninggalkan aktiviti ini. Pastu time naik tu macam ada niat nak tulis pasal naik gunung bila ada blog..so sekarang da ada blog kena la tulis..hehe

Em, aku bukan nak cerita pasal gunung tu kat mana, pergi naik apa, makan apa.. Tapi aku nak cerita kenapa aku naik gunung dan apa yang kita boleh dapat kalau naik gunung..(ah ni topik org tua..sory la ye!)haha Oh, lupa..bagi yang tak tau naik gunung ni kira macam hobi masa lapang aku dulu time zaman gila2 remaja..hehe bolehla sikit2..

Ok, let start..em ramai orang yang kalau tak paham, especially parents yang akan cakap, Contoh: "eh ko ni, dah tak de kerja lain ke, naik gunung dapat apa..baik la tolong bapak kemas peti ais kim ni" ...lagi contoh "bahaya la naik gunung, jatuh karang mati tak pasal" dan bermacam2 lagi...hehe

Pada aku naik gunung ni, selain daripada tengok keindahan alam dan aktiviti kecerdasan yang memang confirm2 sihat dia juga ada beberapa faedah lain seperti berikut:


1. Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, dan mungkin juga dosa besar
- Naik gunung ni bukan senang. Perit oi..Dah penat2 panjat kena turun, da penat2 turun kena panjat balik, tak juga sampai2..belum kira kena gigit pacat, kaki tersadung dan segala jenis kesusahan..So, pada aku kalau niat betul semua kepayahan yang kita rasa tu boleh jadi jalan untuk menghapuskan dosa-dosa..alang tercucuk duri pun tidak lain tuhan ampun kan dosa ye tak.. Aku sendiri nak harap p tahajud,solat taubat memang malu nk cakap, boleh cakap macam lagu kosong-kosongg tu..isk3... So yang aku nak pointkan lagi perit ko kena, lagi banyak la dosa ko diampunkan..insyaallah, kalo disertakan niat yang betul.. So, untung tak? ngat naik gunung saja2 ke..hehe

2. Dapat berkomunikasi dengan alam
- Sebelum ni aku tak paham, orang selalu cakap komunikasi dengan alam..Tapi baru2 ni pergi baru aku faham...Komunikasi dengan alam ni boleh difahami secara permukaan dan dasar..permukaan macam kita belajar kat sekolah tula, faham fungsi dan kepentingan alam. Ni nak cerita pada dasar...Jangan terkejut..Pokok-pokok, batu sungai, air, semut, lipan bara, rama-rama tu..semuanya tu boleh bercakap dengan kita...berkomunikasi..cuma kita je mungkin sedar tak sedar... Sepanjang trip aku ritu aku bercakap dengan pokok2, so taklah bosan nak layan pacak sampai puncak..hehe dengar macam takutkan..Hidupan2 ni pon ada jiwa juga, lagi2 semua bertasbih pada tuhan, so rugila kalau tak tegur diorang lagi kita tetamu....Hehe tegur2 gak, jangan tegur sembarangan sudah..hihihi

3. Menghayati perjalanan hidup dunia & akhirat..(Cmne tu, ce cite)
- Naik gunung sama macam hidup. Nak sampai puncak atau matlamat akan ada naik turun. Kesusahan, kesenangan dan segala macam perkara pasti akan dialami. So, bila naik gunung boleh la ambil iktibar bahawa hidup ni juga perjalanan dia lebih kurang macam itu.. Nak sampai satu matlamat jalan-jalannya tidaklah mendatar.. kan..hehe Kalau fikir betul2, itu baru perjalanan kat dunia, belum lagi kat akhirat, padang mahsyar nanti...kat dunia jalan susah sikit, naik gunung pikul beg pun dah tak tahan ini kan pula kat akhirat pikul dosa..kena jalan pakai muka lagi laa merana, oh demm..ish minta jauh...fuh, ambil iktibar dan insafilah...


Rasa cukupla aku senaraikan tiga je. Sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita. Tapi disarankan kepada sesiapa pergila cuba naik gunung sendiri and cuba cari maksud disebalik apa yang disebalik..hehe Okay. Kalau tak jumpa pun tak pa, at least it is a good experience. Believe me.. Okay, selamat malam. :)


Ni la gunung yang aku naik ritu..Gunung yang betul ada kat nun jauh di belakang..Nampak tak permainan dia..haha

Okay, dah sampai..buat gaya jack sparrow. haha





2 comments:

  1. power laa abam ni..nak follow naik gunung...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh2, apa salahnya..ko naik aku tunggu bawah..hehe

      Delete